Archive for Pengenalan

Loss MP2009?

Dalam topik ini saya akan membincangkan mengapa loss terjadi di dalam journal saya.

Journal 2  – EJ Loss

journal2-ej1-loss1

ok, ini terlalu ketara mengapa loss terjadi, kerana WARNA tidak sama. Warna amat penting dalam penggunaan MP2009. walaupn warna HA adalah biru, tetapi indi di window dibawah bewarna merah, jadi tidak sepatutnya mengambil sebarang post disini.

Journal 2 – EU loss

journal2-eu11

Ini juga jelas kenapa saya loss, sekali lagi warna tidak sama, saya terlalu mengikut kotak harga yang menyatakan sell. Sekiranya refer kembali kepada syarat-syarat MP2009 yang saya nyatakan sebelum ini, semua syarat adalah tidak ada untuk melakukan OP sell.

Journal 3 – GU loss

journal3-gu11

Ini merupakan akaun demo yang terkena MC, bagaimana boleh terjadi, sekiranya kita melihat kembali syarat-syarat yang saya nyatakan, hampir semua menepati syarat, tetapi kenapa loss. Bukan kerana price movement. Tetapi kerana saya tidak melihat line wha92807, cuba anda lihat, line tersebut sudah berada dibawah 50% dari atas, dan lagi pula line tersebut mendatar, jadi disini kesilapan saya. Ingat kerana satu benda kecil kita lupa lihat, ia boleh mengakibatkan kerugian.

Saudara wha ada berpesan : “Bukan berapa banyak pips yang kita boleh hasilkan sehari, tetapi quality setiap pips yang anda dapat itu lebih berharga”

maksodnya : kita bukan nak cari banyak pips sehari untuk jadi kaya, tetapi kita tahu bagaimana kita hendak dapat 10pip, bukan kerana nasib, tetapi sebab kita tahu mendapatkannya.

Cara MP2009

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tidak putus asa dalam dunia forex, Allah telah temukan saya dengan ramai orang guru / rakan-rakan trader yang sudi membantu saya dalam permasalahan forex saya ( dalam menggunakan MP2009). Salah seorang guru saya itu adalah saudara Wha928 iaitu pencipta sistem MP2009. Disini saya akan cuba mengenalpasti cara OP yang betul didalam MP2009.

Ok, untuk OP (Open position) terdapat banyak juga indi – indi yang perlu dilihat, tetapi saudara wha928 telah memudahkanya dalam bentuk warna

Syarat-syarat untuk OP dalam 2009 (setakat ini)

1.Pastikan warna major trend (line-line halus di belakang CS di main chart)

2.Lihat line di window bawah (line wha92807) ini merupakan line price movement. Buy jika line berada di bawah / 50% dan semua warna biru, sell jika line berada di atas / 50% dan semua warna merah.

3.Jika DT (downtrend), pastikan candle berada di bawah midband

4.Jika UT (uptrend), pastikan candle berada di atas midband

5.sekiranya arrow bt2sigalert keluar sell, lihat adakah candle buka di bawah midband atau tidak, sekiranya tidak, tunggu next candle full form di bawah midband baru OP next candle (iaitu candle ke 3)

6.Yang baru saya temui, sekiranya semua syarat di atas cukup, pastikan sekali lagi line wha92807 tidak mendatar.

Ini diantara syarat-syarat yang saya dapat hasil dari tunjuk ajar rakan-rakan traders, Insyallah saya akan disiplinkan diri dengan syarat ini.

Sistem Yang Digunakan

Ok, dalam perniagaan forex ini, saya menggunakan sistem merdekarama @ MP2009 yang dicipta oleh saudara Wha928 di forum fxopen. Sistem ini bagi saya, merupakan sistem yang termudah dan tepat. Ini amat membantu saya dalam trading harian saya kerana saya masih baru dalam perniagaan forex ini.

untuk download sistem ini, boleh klik disini MP2009

untuk belajar dengan lebih lanjut dalam menggunakan sistem ini dan bagaimana terciptanya sistem ini, anda boleh pergi ke sini MP2009 Belajar

sedikit gambaran sistem MP2009

mp2009